Friday 26 July 2013

Homesick



Berjujuran airmata ketika melihat iklan terbaru Petronas ini. Sesungguhnya saya sedar kini saya sedang sakit; Homesick.

Hanya seorang insan yang saya bayangkan ketika menonton iklan ini; Emak.

Emak saya bukan sahaja mengambil upah jahit, tetapi juga membuka kelas menjahit di taman perumahan saya. Emak ada tauliah mengajar jahitan kerana ada sijil khas yang diambilnya di Sg. Abong, Muar. Tapi sayangnya anaknya ini tidak semahir Emak untuk mengambil upah menjahit.

Sejak kecil, semua baju ahli keluarga kami dijahit sendiri oleh Emak. Kata Emak, rugi membazir wang membeli baju jika baju itu boleh dijahit sendiri. Bukan sahaja baju, langsir, alas meja, sarung kerusi semuanya dijahit Emak.

Tapi itu dulu, sejak umur Emak meningkat tua, Ayah menghadkan masa Emak untuk menjahit kerana fizikalnya tidak sekuat dulu. Matanya sahaja sudah tidak terang melihat lubang jarum. Lalu mesin pun hanya berbunyi sekali-sekala, tetapi Emak tetap masih berimpian untuk menjahit itu dan ini.

Saya memahami minat Emak untuk menjahit kerana di situ ada rezeki yang pernah membantu kehidupan kami sekeluarga. Biarpun tangannya luka dicucuk jarum, biarpun bersengkang mata, tapi saya mengerti hatinya puas untuk menjahit biarpun hanya sehelai kain. Itulah pengorbanan Emak membantu Ayah mencari rezeki.

Kini, giliran saya pula untuk berbakti.

Maafkan anakmu ini jika pernah merungut baju raya ku disiapkan lambat.
Maafkan anakmu ini kerana dahulunya tidak mengerti berharganya sebuah jahitan.

Ramadan kali ini buat pertama kalinya kita berjauhan, tapi hakikatnya doa untukmu Emak sentiasa dekat. Semoga Allah merahmati Emak di dunia dan di Akhirat sana, juga buat Ayah agar sentiasa diberikan kesihatan dan umur yang panjang.

2 comments:

  1. pembetulan...sijil mak ambil di masa tinggal di sg abong,muar...., 1973-74 gitulah,mak mula mengajar menjahit sejak 1974-75 ketika tinggal di felda kemelah segamat.

    keni baru je tgk iklan tu hari ini..pg ini.., keni msh ingat kelas jahitan mak di Felda Kemelah dibuka seawal jam 8pg, sebelum 8, ada sorang kakak tu dtg sebagai pembantu mak, dialah yg akan tolong2 kemas sikit, menyediakan beberapa persediaan sebelum sesi pembelajaran bermula, waktu tu keni cuma 4-5-6 tahun, lebih awal lagi tak ingat, ...bila kelas dah mula, bermula jugalah sesi baru buat keni iaitu merayap dan bermain....abang sekolah, kaida kecil lg,sesekali ikut abang main, kawan main keni masa kecil ialah khairunita ali, lecturer kini di utm, budak dpn rmh tu x brp ingat nama,selebihnya kawan abg,.., masa di trengganu, dah tak banyak kelas jahitan, ada juga tp sikit je.., lebih kpd bisnes, jahitan mak sgt banyak. siang malam mak menjahit, yg paling glamour, jahit bju pengantin kain songket dari Atikah Songket, ayah turut membantu..jahit butang, tolong gam dsbg....keni.....tolong diam dah cukup baik utk mak...jgn buat kaida nangis dsb...paling sadis apabila mak keguguran, bukan keguguran, tumpah darah, baby dah sebulan meninggal dalam perut, dua bulan di hospital,masa yg cukup lama utk mengajar kami erti kehidupan, ingat masa g hosp..ingatkan nak amik baby, masa tu xbnyk yg kami tahu tntg kehamilan dan kelahiran,baby tiada,kerana hanya sebesar tapak tgn shj,dibungkus elok dalam kain batik membuatkan kami tertanya2 mana baby, bila tahu cerita sebenar,kami hanya terdiam,budak2 dulu2 kan baik2..tak banyak tanya, takut nk tanya,xtau nk tanya sapa,hanya mampu dengar cerita,tp tak boleh menyampuk,paling2 pun buat konklusi sndiri, esok pagi2 almarhum Nenda Ahmad Sonhadji sampai, satu malam perjalanan dr Singapura,almarhum c.hassan yg pandu kereta,oleh kerana baby tak cukup sifat kata atuk,tak perlu urus mcm jenazah sempurna,bersih2 gitu, doa, tanam pun bawah rumah je... katanya lelaki,dah ada rambut,muka belum sempurna,jari tangan dan kaki belum pecah. hanya itu yg keni ingat.

    ayah lah yg ulang alik wktu rehat menjenguk keni sblm ke sek, drjh 3, keni dah diajar mask nasi,ayah balik, masak lauk dsbg...keni tak ingat sapa gosok baju,pernah juga baju tak gosok kalau x silap,sesekali mak balik dr hosp dgn izin doctor, pernah satu hari ambulan dating amik mak bawa balik ke hosp,kami tengok je...xfhm apa yg berlaku waktu tu...dah lama baru tahu, mak tumpah darah, dh lama baru dgr cerita,apabila diangkat ke stretcher tu , sekali gerak,sekali darah keluar dgn banyak,rupany2nya itulah tumpah darah, mak kena masuk darah,darah pula susah nak match, semuanya hanya tahu bila dah besar,rupanya kami sekeluarga darah O, penderma yg baik tp hanya boleh terima darah O shaja,
    Ya Allah... baru tersedar,bagaimana perasaan ayah tika itu...anak2kecil,mak sakit di hos, tuntutan kerja lg,besarnya pengorbanan ayah buat kami sekeluarga, setiap kali waktu rehat,ayah akan ke hosp, untuk kami yg tinggal ni, bantuan terpaksa dimohon,kami mendapat ihsan kasih syg dari makcik2 dari singapura, terima kasih yg tidak terhingga buat cik sugi,cik sumi yg pernah bergilir2 menemankan kami di trengganu yg sgt jauh dari singapura waktu itu, jasa kalian hanya Allah yg dapat membalasnya.

    sesekali kami dibawa ayah ziarah mak di hos,duk kat kerusi roda,bw mak jalan2 sekitar hos,melihat pantai,dengan tiupan angin laut yg mendamaikan,agaknya itulah saat2 yang menggembirakn mak sepanjng duk di wad,

    kalau mak sihat,maklah org yg paling ligat, kalau ada sedara mara dtg, maklah pemandu pelancong yg hebat,tukang masak yg handal, sahabat yg ceria,...rumah mak ialah hotel yg sempurna buat pengunjung,kereta ayah Toyota WL1968 itu adalah satu2nya kereta yg mak guna secara optimum di sana,w/pun sibuk menjahit, mak tak susahkan ayah untuk ke mana2,mak berani untuk ke mana saja,untuk cari apa saja keperluan kami.

    Sesungguhnya kasih syg insan2mulia itu tidak dapat dibalas dengan kata2 mahupun wang ringgit, apatah lagi kasih sayang dan rahmat Allah, ....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana betulkan fakta. Saadah tak pernah tahu pun kisah yang kak eni cerita, terima kasih sangat sebab sudi kongsi bersama. Mungkin keadaan saadah & mohd membesar jauh berbeza dengan abg, k.eni & k.aida membesar. Kenangan mak mengajar jahit yang paling saadah ingat ketika kaki mak kena simen (kalau x silap). Time tu ramai makcik2 datang rumah.

    Sampai sekarang ada rasa menyesal tak belajar jahit betul2 dengan mak. Sebab memasak masih boleh lihat resepi, tapi menjahit memang perlukan kemahiran. Setakat jahit cangkuk, butang dan sikit2 tu bolehlah, semuanya atas tunjuk ajar mak. Jasa emak terlalu banyak, begitu juga ayah. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya.

    ReplyDelete