Kali ini giliran saya. Walaupun bukan anak sendiri, perancangan cuti sekolah untuk anak saudara saya telah dipertanggungjawabkan oleh kakak saya. Dia sudah merancang, saya harus laksanakannya bagi mengantikan ketiadaannya. Sebagai ibu saudara, saya juga buat yang terbaik untuk mereka. Semalam saya bawa mereka ke kedai buku. Membiarkan mereka memilih satu buku untuk dibaca ketika cuti. Nasib baik ada wang yang ditinggalkan kakak, daripada membeli benda yang tidak berfaedah, buku adalah sesuatu yang sangat berfaedah!
Buku "Saya Pun Melayu" itu dihadiahkan untuk ayah.
Buku2 yang lain adalah untuk bacaan mereka. Tidak lupa juga buku permainan "Search A-Word" supaya pantas mencari dan berfikir.
Buku2 yang lain adalah untuk bacaan mereka. Tidak lupa juga buku permainan "Search A-Word" supaya pantas mencari dan berfikir.
Dan rancangan ke Perpustakaan Awam pagi tadi terpaksa ditangguhkan gara-gara sedang dibaiki. Saya sangat suka Perpustakaan Awam di JB, kerana kelengkapan kanak2 sangat menarik, banyak dan juga selamat. Jadi masa yang ada saya habiskan di Danga Bay dan membiarkan mereka membaca buku di mana saja mereka suka, atau menghabiskan game mencari perkataan di buku game yang baru dibeli semalam.
Selain perancangan cuti sekolah, ujian paling berat ialah melayan kerenah anak2 kecil. Anak2 yang belum mumayyiz. Ia adalah lebih sukar berbanding menjaga anak dewasa, tapi ada juga yang mudahnya kerana mereka ikut tanpa melawan kata. Otak saya berligat laju mencari jawapan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan mereka, juga harus pantas ada idea untuk mengawal mereka. Benarlah betapa susahnya menjadi seorang ibu, yang menjaga kita dari kecil hingga dewasa....
Walaupun kelam kabut, juga tiada masa untuk diri sendiri, kawan2, buku, thesis dan laptop, tapi mereka bisa buat saya senang hati. Kesenangan mereka adalah kesenangan saya. Apa yang saya lakukan bukan sahaja untuk mereka, tapi berguna juga untuk masa depan saya.. Tiada kesesalan atau rungutan untuk mereka walaupun banyak kesulitannya. Insyaallah saya yakin Allah akan permudahkan kesemuanya.. Semoga saya diberi kekuatan untuk hari2 yang berikutnya..
**Wa, Tolong jangan menangis lagi mencari Ummi.....
1.00 am, 6 June 2010
Taman Gembira
Johor Bahru
No comments:
Post a Comment