Sambungan daripada entri lalu...
Hati siapa yang tidak berbunga-bunga apabila melihat bayi di dalam kandungan biarpun ia hanyalah gambar hitam putih sahaja. Saya menangis syukur kerana ia adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Menurut doktor, bayi sudah berumur 13 minggu tetapi jantinanya masih belum diketahui kerana masih kecil. Kami terus jatuh cinta pada pandangan pertama dan berdoa agar bayi sihat dan berkembang dengan baik. Benarlah kata orang, cinta seorang ibu itu..
Before you were conceived, I wanted you
before your were born, I loved you
before you were an hour, I would die for you
This is the miracle of mother's love
Kali ini, saya rasa perlu memaklumkan berita gembira kepada ahli keluarga yang terdekat. Bayi juga sudah masuk tiga bulan dan ia adalah tempoh yang sudah stabil di awal kehamilan. Emak saya menangis gembira, sambil menceritakan mimpi beliau tentang saya. Saya mengharapkan doa emak dan ayah yang jauh agar semuanya berjalan lancar sepanjang kehamilan ini.
Alhamdulillah saya tiada alahan yang teruk. Deria bau saya semakin sensitif. Nafsu makan juga agak kuat. Malah saya loya-loya hanya pada waktu malam terutama ketika atau selepas gosok gigi. Ada juga beberapa kali muntah tetapi bukan pada waktu pagi seperti kebanyakan ibu hamil yang mengalami morning sickness. Perasaan teringin kepada makanan Malaysia agak dahsyat dan saya sanggup untuk cuba memasaknya sendiri demi memenuhi keinginanan sendiri. Begitulah gaya ibu melayu di tanah inggeris...
Saya juga meminta nasihat midwife kerana mahu travel ke Turki pada akhir tahun 2014. Antara nasihat yang diberikan ialah minum banyak air putih sebelum kapal terbang berlepas dan mendarat, kerana ditakuti bayi terkejut dengan tekanan. Alhamdulillah tiada masalah berlaku di Turki, cuma makanan Turki banyak mematahkan selera saya. Tetapi pengalaman salji tebal di Uludag, Bursa adalah kenangan manis yang tidak akan dilupakan.
Kemudian untuk scan kali kedua, jantina sudah boleh dikenal pasti. Kami berdua tidak kisah dan redha apa sahaja bayi di dalam kandungan tetapi sudah mula memikirkan nama untuk anak perempuan dan lelaki. Jururawat yang memeriksa saya pada hari tersebut hanya mengucapkan "Congratulation, it's a BOY!". Saya tidak bertanya, malah terpinga-pinga. Betul ke? Kenapa tidak ditunjukkan tanda lelaki itu. Tetapi suami saya maklumkan dia nampak 'bird' bayi dan yakin bahawa anak pertama kami ialah lelaki.
Dari situlah kami sudah memanggilnya.... AFEEF :)
13 minggu dua hari |
21 minggu |
Menurut doktor, tarikh jangkaan bersalin (EDD) ialah pada 23 Mei 2015, sangat hampir dengan ulangtahun perkahwinan kami berdua. Tidak sabar rasanya menanti tarikh bahagia itu..
Bersambung...
No comments:
Post a Comment