Happy World Book Day!
Some said that 23rd April is the World Book Day. But i said that the World Book Day is everyday~! yeay~~
Book. I love books so much. My reading hobby began since my childhood. According to myself, the concept of reading will never end by finishing a reading of a book. It is a continuous process. Read and practice. Read and digest. Read and keep it close to your heart. Read and rest your mind... Like someone said: "Read! You'll conquer the World". But the clearer order mentioned in the Quran: "Read! in the name of thy Lord and Cherisher, Who created.."
Lets celebrate the World Book Day everyday, not particularly for one special day..
Special for today, i wanna review two books, but in Malay language. Enjoy~~!
Buku Pertama:
Bahlut, Faisal Tehrani
Buku ini dibeli pada Pesta Buku 2010 Mac yang lalu, disertai tandatangan penulis. FT yang saya kagumi. Saya terpaksa menahan diri daripada membacanya ketika musim peperiksaan kerana saya tahu jika sudah bermula, pasti saya mahu tahu pengakhiran ceritanya. Jadi buku ini dibaca jurus selepas tamat periksa, sebelum bertolak ke Thailand. Hanya dua hari!
Bahlut. Anak Semai. Anak Orang Asli. Anak pejuang. Anak luar biasa. Kisah dia juga bukan kisah biasa. Juga bukan kisah cinta. Ini kisah Bahlut yang mahu mengubah kehidupannya di dalam dunia yang berbeza: dunia hutan dan dunia trek. Kehadirannya ke Kuala Lumpur selepas tragedi yang menimpa keluarganya adalah detik perubahan Bahlut menunjukkan bakat yang ada. 'Perenheg' (pecut) adalah pembakar semangatnya menjadi atlet kebanggaan negara. Bahlut bukan sahaja bertemu semula dengan bondanya setelah berjaya, malah dapat memelihara kampung tempat kelahirannya yang jauh di pedalaman ketika dicerobohi kegiatan pembalakan haram. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang Bahlut, sila baca dan hayati sendiri...
Walau apapun, saya ingin melihat sendiri kampung tersebut yang dikatakan benar2 wujud oleh FT. Kampung Orang Asli Bukit Payung namanya. Saya juga mahu berjumpa sendiri dengan Orang Semai untuk mengetahui sendiri kisah mitos Bahlut yang dikatakan adalah seorang pahlawan yang berani. Ini adalah kerana sepanjang saya mengenali Orang Asli di dalam kegiatan dakwah bersama mereka, jarang benar saya berpeluang ke kampung OA yang berketurunan Semai. Konsep Satu Malaysia yang diketengahkan FT untuk tidak meninggalkan kaum minoriti di Malaysia juga adalah satu usaha yang sangat baik. Jika berpeluang, saya mahu mengajak sendiri FT menyertai program2 yang pernah saya sertai ke kampung2 OA dalam menyebarkan dakwah Islam kepada mereka, kerana pada pendapat saya, FT menulis kisah ini melalui beberapa informasi dari rakan dan sumber yang dipercayai, tapi saya kurang pasti adakah FT pergi sendiri bergaul dengan mereka, mengetahui kisah kehidupan seharian mereka, dan kemudian menghasilkan Bahlut yang benar2 menarik hati saya. Saya berdoa agar diberi kekuatan untuk menulis tentang perjalanan dakwah kepada mereka, cuma saya masih belum mampu kerana mempunyai komitmen yang lain. Pengalaman berdepan dengan mereka adalah pengalaman terbaik yang pernah saya ada. Semoga perjuangan ini tidak berakhir dengan mudah!
Buku Kedua:
Pudarnya Pesona Cleopatra, Habiburrrahman
Buku ini dipinjam dari Zakki. Karya Habiburrahman selalunya tidak menghampakan pembaca2 nya.. Buku tipis ini memuatkan dua cerpen (cerita pendek) bertajuk 'Pudarnya Pesona Cleopatra' dan 'Setitis Embun Cinta Niyala'. Kupasan buku ini lebih kepada cerpen yang pertama.
PPC adalah cerita ringkas kehidupan suami isteri yang dijodohkan oleh orang tua. Kebahagiaan yang diharapkan tidak ditemui kerana si suami terlalu memandang bahawa kecantikan wanita itu adalah segalanya walaupun dia sedar isteri yang dimilikinya itu sudah sempurna cantik, malah solehah dan hafizah terjaga budi pekertinya. Cuma isterinya itu bukan pilihan hatinya sendiri, tapi pilihan orang tuanya. Baginya, calon isteri yang terbaik buat dirinya haruslah mempunyai kecantikan persis Cleopatra, ratu Mesir yang sentiasa membayangi dirinya sejak menuntut di bumi Mesir ketika dahulu. Saya tidak mahu menulis panjang lebar sinopsis cerpen ini. Cuma mahu mengajak agak kita fikir sejenak tentang ertinya sebuah kecantikan.
Cantik itu sesuatu yang subjektif. Jika di mata saya lukisan itu cantik, barangkali di mata orang lain, lukisan itu hanya biasa-biasa saja. Setiap orang pasti ada definisi cantik yang berbeza. Bukankah ada benarnya bidalan bahawa cantiknya bunga, bunga akan layu, cantiknya manusia, manusia akan mati... cantik itu tidakkan kekal selamanya. Dan penulis mendedikasikan tulisannya itu khas untuk mereka yang menganggap kecantikan itu adalah segala-galanya! Memetik kata-kata dia: 'bukan wujud jasad yang selalu dirindukan, tapi apa yang wujud di sebalik seseorang..'
Wallahua'lam..
**Buku terjemahan Bedar Sukma Bisu masih belum tamat2..!
No comments:
Post a Comment