Saturday 19 March 2011

Aa Gym di UIAM


Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai Aa Gym (sebut huruf G seperti perkataan 'gigi') adalah nama yang tidak asing lagi di Indonesia, mahupun di Malaysia. Pertama kali mengenali beliau ketika sesi Usrah, tatkala saya masih setahun jagung di UIAM. Cerita-cerita tentangnya buat saya kagum, apatah lagi setelah membaca buku tulisannya. Malah dia sering menjadi tetamu di Astro Oasis. Baca biodata beliau di SINI.


Kehadiran Aa Gym di UIAM adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang itu walaupun saya mempunyai dua program pada hari yang sama (19 Mac 2011). Tiada serban, wajahnya agak berbeda. Beliau amat sederhana. Kelembutannya sama dirasa..

Ada beberapa perkongsian yang harus dicatat dan dikongsi bersama. Bicara Aa Gym pada petang semalam adalah berkaitan tentang perdamaian dan pertengkaran. Kata beliau: "Pertengkaran sering berlaku kerana ingin dekat kepada duniawi, tapi kita tak perlu bertengkar untuk dekat pada Allah.." Oleh itu ada empat perkara penting untuk menghasikan perdamaian:
  1. Carilah persamaan dahulu sebelum perbezaan. Walaupun hakikatnya kita semua itu berbeza, perbezaan itulah yang mengikat agar kita terus bersama.
  2. Tidak perlu jadi orang yang suka menonjolkan diri (over acting/show off). Jadilah seperti jantung yang bergerak setiap saat, duduknya diam di dalam jasad, tapi tak pernah menonjolkan diri.
  3. Usahlah meremehkan orang lain kerana kehidupan kita ini sememangnya memerlukan orang lain. Tak perlu juga merendahkan orang lain kerana kita sememangnya rendah di mata DIA. Kita juga tak perlu dikagumi ornag lain, tpai disuruh berbuat kebaikan untuk diri sendiri.
  4. Gunakanlah kelembutan, kerana ia bukan kelemahan tapi kekuatan. Kelembutanlah yang akan bisa buat kita akrab, kerana hati tak bisa diubah dengan kekerasan. Seseorang yang hilang kelembutan, hilanglah keindahan dalam dirinya.
Perkongsian peribadinya tentang bagaimana untuk menghadapi penghinaan sangatlah mudah. Katanya: "Kenapa harus memikirkan mulut orang, kerana tak bahaya dihina orang, tapi yang bahaya itu adalah menghina orang lain.."

Katanya lagi: "Kita semua ini rapi bukan untuk dipuji, tapi untuk menghormati.."

Nasihat terakhir beliau: "Ayuh perbaiki diri dan lakukan yang terbaik~!"

Wallahua'lam..

**Doa-doanya yang tulus di akhir program tak bisa menahan kekangan air mata.. Moga Allah memakbulkannya. Moga Allah merahmati kita semua..

5 comments:

  1. salam..
    Od..akak x puas baca info pasal ini..
    dia da buku pasal tu ke??

    ReplyDelete
  2. Wassalam
    Od hanya kongsikan sedikit apa yang telah disampaikan oleh Aa Gym pada sabtu lepas. Memang sangat menarik. Buku-bukunya boleh didapati dari penerbit PTS, telah diterjemahkan dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  3. Insya Allah 23 hb April nanti a.a. gym akan turut hadir ke Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta pada jam 9.00 malam... jamuan makan turut disediakan... datanglah beramai-ramai

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk makluman.. :)

    ReplyDelete
  5. isnin 9/5 yg lps sy hadir program ustaz a'a di masjid b.b salak tinggi,tp xpuas lg dgr ceramahnya..ada sesiapa tahu dimna lokasi seterusnya program ustaz a'a?

    ReplyDelete