Tuesday 17 May 2011

Murabbi

Bismillahirrahmanirrahim

Kata-kata Prof. Dr. Sidek Baba dua bulan lepas masih terngiang-ngiang, katanya: "I am not a politician, I am a Da'ie and Murabbi". Majalah Solusi isu 31 juga mengeluarkan artikel beliau yang bertajuk "Aku Seorang Da'ie dan Murabbi". Dan perkataan Murabbi itu semakin berlegar-legar di minda ini apabila tarikh 16 Mei menjelma..

Tidak semua cikgu, guru, dan pengajar itu Murabbi. Tapi semua Murabbi itu berperanan sebagai guru, cikgu dan pengajar, malah Murabbi itu adalah pendidik jasmani dan ruhani, dengan memegang tanggungjawab yang sangat besar.

Murabbi itu tidak pernah bersoal tentang menerima, tapi akan sentiasa memberi..
Murabbi itu tidak akan menyembunyikan ilmu di dada, tapi akan sentiasa berkongsi..
Murabbi itu tidak akan mengejar harta dan nama, tapi akan melakukan hanya kerana DIA..

Layakkah saya menjadi seorang Murabbi...??

Murabbi terhebat yang pernah saya temui ialah seorang insan bernama Ayah. Tidak mampu saya catat setiap ilmu dan kasih sayang yang beliau curahkan. Ucapan terima kasih sahaja memang tidak cukup untuk membalas, apatah lagi wang ringgit, tapi doa anakmu ini akan terus dikirim buatmu Ayah..

Dan doa saya akan mengiringi mereka yang pernah berkongsi ilmu walau sepatah ayat. Jutaan terima kasih buat kalian. Saya tetap pelajar walau kini sudah mengajar, dan kadang-kala lebih banyak belajar dengan mereka yang saya ajar.. Proses pembelajaran ini tidak akan pernah tamat dan akan terus berpanjangan..

Ustaz hasrizal berkata: "Jangan jadi lilin...tapi jadilah lampu pelita yang menyinar.." (Terus baca di SINI). Ya, saya setuju... perumpaan lilin itu mungkin ada benarnya, tapi jadilah yang akan membakar bukan hanya sepetang tapi berterusan menghasilkan kebaikan dan tidak jemu untuk memberi...



Dedikasi buat semua Murabbi.
Selamat mendidik dan dididik..

**Sambutan Hari Guru memang tiada dalam dalil Quran dan Sunnah, tapi bukankah menghormati orang berilmu itu disebut di dalam Quran dan Sunnah? Bukankah para Sahabat sering menyebut nama guru-guru mereka, terutama Guru Agung, Nabi Muhammad SAW.... Renung-renungkan, dan selamat beramal...

1 comment:

  1. Terima kasih kembali. Semoga ilmu yang kita sama-sama curahkan boleh memberatkan mizan kebaikan di Hari Perhitungan kelak...

    ReplyDelete