Tuesday, 7 June 2011

Buku: Bahlut


Bahlut. Anak Semai. Anak Orang Asli. Anak pejuang. Anak luar biasa. Kisah dia juga bukan kisah biasa. Juga bukan kisah cinta. Ini kisah Bahlut yang mahu mengubah kehidupannya di dalam dunia yang berbeza: dunia hutan dan dunia trek. Kehadirannya ke Kuala Lumpur selepas tragedi yang menimpa keluarganya adalah detik perubahan Bahlut menunjukkan bakat yang ada. 'Perenheg' (pecut) adalah pembakar semangatnya menjadi atlet kebanggaan negara. Bahlut bukan sahaja bertemu semula dengan bondanya setelah berjaya, malah dapat memelihara kampung tempat kelahirannya yang jauh di pedalaman ketika dicerobohi kegiatan pembalakan haram. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang Bahlut, sila baca dan hayati sendiri...

Walau apapun, saya ingin melihat sendiri kampung tersebut yang dikatakan benar2 wujud oleh FT. Kampung Orang Asli Bukit Payung namanya. Saya juga mahu berjumpa sendiri dengan Orang Semai untuk mengetahui sendiri kisah mitos Bahlut yang dikatakan adalah seorang pahlawan yang berani. Ini adalah kerana sepanjang saya mengenali Orang Asli di dalam kegiatan dakwah bersama mereka, jarang benar saya berpeluang ke kampung OA yang berketurunan Semai. Konsep Satu Malaysia yang diketengahkan FT untuk tidak meninggalkan kaum minoriti di Malaysia juga adalah satu usaha yang sangat baik.

Jika berpeluang, saya mahu mengajak sendiri FT menyertai program2 yang pernah saya sertai ke kampung2 OA dalam menyebarkan dakwah Islam kepada mereka, kerana pada pendapat saya, FT menulis kisah ini melalui beberapa informasi dari rakan dan sumber yang dipercayai, tapi saya kurang pasti adakah FT pergi sendiri bergaul dengan mereka, mengetahui kisah kehidupan seharian mereka, dan kemudian menghasilkan Bahlut yang benar2 menarik hati saya.

Saya berdoa agar diberi kekuatan untuk menulis tentang perjalanan dakwah kepada mereka, cuma saya masih belum mampu kerana mempunyai komitmen yang lain. Pengalaman berdepan dengan mereka adalah pengalaman terbaik yang pernah saya ada. Semoga perjuangan ini tidak berakhir dengan mudah!

**Ulasan buku ini telah disiarkan awal di blog lama tapi hilang entah ke mana dan disiarkan semula ke dalam blog ini.

No comments:

Post a Comment