Sunday, 19 June 2011

Ayah

Lelaki ini tidak pernah kenal erti putus asa
Lelaki ini tidak pernah jemu membahagiakan orang lain
Lelaki ini tidak pernah lelah mencari rezeki dan nafkah
Lelaki ini tidak penah lokek berkongsi ilmu dan pengalaman
Lelaki ini tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan orang-orang di sekelilingnya
Lelaki ini tidak pernah mengungkap sayang dengan kata-kata tapi melalui perbuatannya

Lelaki ini sering tersenyum dan membuat orang lain tersenyum
Malah air matanya akan mengundang air mata orang yang menyanginya
Oleh itu, anak ini tidak sanggup melihat walau setitik air matanya menitis kerana ia sangat menyakitkan
Biarlah air matanya itu tanda bahagia, bukan tanda derita


Andai ramai yang sedang sibuk menyambut Hari Bapa, satu hari tidak cukup untuk menceritakan setiap kasih dan sayang seorang lelaki yang kupanggil Ayah..
Andai ramai yang mendedikasikan lagu-lagu bapa kepada bapa mereka, lirik lagu tersebut tidak cukup untuk meceritakan setiap titisan peluh ayah yang membahagiakan keluargaku..

Usah jadikan hari tertentu untuk menghargai bapa atau ayah..
Usah jadikan sesuatu yang tertentu untuk meluahkan rasa sayang kepada ayah..
Kita tidak perlukan hari tersebut, tapi apa yang lebih penting ialah kewujudan ayah dan doa kita buat dia itu lebih bermakna buat bekalan bapa-bapa yang sudah bertemu Tuhan..
Dan tulisan ini juga tidak mampu mencatat setiap pengorbanan si dia yang ku panggil Ayah..

Doaku agar Ayah sentiasa dirahmati dengan umur yang berkat, rezeki yang rahmat dan kebahagian yang selamat dunia akhirat..
Doaku agar ku mampu menjalankan tanggungjawab sebagai anak setelah Ayah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai seorang Ayah..
Doaku agar Ayah dilindungi Allah setiap masa dan syukurku kepada Allah kerana kurniakan Ayah sebagai Ayah yang terbaik di antara yang terbaik..

Semoga satu hari nanti ada insan yang bisa jadi Ayah kepada bakal generasiku sepertimu Ayah!

No comments:

Post a Comment