Monday, 3 October 2011

Pameran Buku Terapung 2011



Terbaca sebuah perbincangan forum di dalam komuniti Pembaca Buku (GRMY) tentang kehadiran sebuah kapal yang mengandungi lebih dari 5000 jenis buku sangat mengujakan. Saya terus menyimpan tarikh untuk ke sana, Alhamdulillah dapat juga ke sana 1 Oktober yang lepas. Pertamanya, terima kasih untuk war-war berita tersebut, boleh baca di SINI dan SINI. Keduanya, terima kasih buat sahabat yang sudi memandu dan menemani saya.

Sedia maklum bahawa ini adalah pameran buku terapung yang terbesar pernah diadakan di dunia. Di Malaysia, mereka menuju ke Penang pada 18 Ogos 2011 sebelum mendarat di Pelabuhan Klang bermula daripada 29 September sehingga 23 Oktober 2011. Wang untuk masuk sangat berpatutan, hanya RM3 untuk parkir kenderaan, dan RM1 untuk masuk ke dalam pameran, malah percuma kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Harga buku-buku juga dijual dengan mengikut kadar unit, iaitu 100 unit bersamaan RM8. Harga paling mahal hanya mencecah RM80, bersamaan 1000 unit. Kesemua nilai matawang boleh diterima untuk transaksi jual beli.




Dimaklumkan juga bahawa kapal ini ada berkait rapat dengan organisasi dakyah Kristian. Sedikit latar belakang kapal boleh dibaca di SINI. Ada beberapa saranan supaya tidak membeli buku-buku yang dijual kerana keuntungan yang ada akan disalurkan kepada misi dakyah tersebut.

Poster kapal yang ditulis keratan kandungan Bible di atasnya

Pendapat peribadi saya mengatakan bahawa tiada salahnya untuk pergi mengunjungi pameran tersebut kerana pengalaman menaiki kapal tidak mampu dirasai oleh semua orang. Ini juga kali pertama saya melihat Kapal Star Cruise yang sangat besar sebaik sampai sahaja di Terminal Glenn. Dalam 15 minit setelah itu, kapal tersebut pun memulakan perjalanannya menuju ke destinasi yang saya juga tidak tahu. Barangkali kapal tersebut memberhentikan atau mengambil penumpang di Pelabuhan Klang dalam tempoh yang ditetapkan. Rasanya besar kapal tersebut hampir sama dengan Titanic (anggaran imaginasi sahaja). Kapal Logos Hope tidaklah sebesar mana dan ruang yang dibenarkan masuk adalah terhad kepada pengunjung.



Lambaian Kapal Star Cruise

Jika diteliti buku-buku yang dijual dan dipamerkan, ada benar bahawa banyak unsur-unsur agama Kristian yang telah diketengahkan. Malah, pengunjung Muslim harus berhati-hati ketika memilih bahan bacaan kerana boleh menggugat Iman dan Akidah. Walaupun yang demikian, tiada tegahan untuk membeli kerana mereka yang membaca seharusnya membezakan kandungan buku yang perlu diambil dan apa yang perlu dijauhi, sebelum digunapakai dalam kehidupan harian seorang Muslim.

Di sini, saya mendapati bahawa usaha penyebaran dakyah mereka agak berjaya dengan menggunakan sebuah kapal yang diuruskan oleh ramai sukarelawan daripada seluruh dunia. Masyarakat Islam boleh menjadikannya sebagai contoh dalam penyebaran Dakwah Islam melalui bentuk penulisan dan karya-karya hebat penulis Muslim. Dan keuntungan hasil jualan boleh disalurkan untuk membantu fakir miskin di seluruh dunia. Mungkin suatu hari nanti, Muslim boleh mengambil contoh daripada pembinaan Bahtera Nabi Nuh dan menggunakannya dalam menyebarkan Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.


Semoga kita tidak mudah terpedaya dengan agenda halus Kuffar, malah terus berfikir dan berbakti dalam usaha menyampaikan ilmu walau hanya sepotong ayat.

Wallahua'lam

**Banyak gambar boleh dilihat di SINI (Facebook)

No comments:

Post a Comment