Wednesday, 28 March 2012

Resepi: Kek Batik


Bahan-Bahan:

2 paket biskut Marrie
1 tin susu pekat
Coklat Masak (NONA)/ Serbuk Koko/ MILO
Butter

Cara-Cara:

  •  Panaskan bekas di atas kuali, dan masukkan butter dan biarkan cair.
  • Masukkan kepingan coklat masak ATAU serbuk koko ATAU Milo.
  • Biarkan kedua-dua bahan bercampur dan cair sehingga pekat warnanya.
  • Masukkan susu pekat mengikut sukatan masing-masing. Peringatan: Satu tin akan menyebabkan kek terlalu manis. Tambahkan manis dalam senyuman, bukan makanan ^_^
  • OK siap. Di sini ada dua pilihan samada untuk masukkan biskut ketika coklat masih panas supaya bisukt menjadi lembut. ATAU biarkan coklat sejuk sebentar untuk menghasilkan kek rangup sedikit.
  • Masukkan biskut dengan mematahkannya sesuka hati sama ada besar atau kecil.
  • Gaulkan semua sehingga sebati, sehingga tiada lagi coklat yang tidak bertemu biskut..
  • Sediakan pelbagai besar. Dan masukkan serta ratakannya di dalam bekas yang disediakan dengan kemas.
  • Kemudian, terpulang untuk letakkan hiasan di atas kek dengan taburan chocolate rice, atau chocolate syrup supaya hasilnya lebih menarik.
  • Biarkan di dalam peti sejuk.

Selamat Menikmati ^______^

No comments:

Post a Comment