MAHA adalah satu pameran antarabangsa yang menghimpunkan kepelbagaian teknologi terkini hasil inovatif Pertanian, Industri Asas Tani (IAT), Hortikultur dan Industri Pelancongan Tani. Pameran terbesar di rantau Asia ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. Pada tahun ini, MAHA 2012 adalah pameran bagi siri yang ketujuh dengan bertemakan "Transformasi Pertanian Melalui Inovasi" (Agricultural Transformation Through Innovation) diadakan pada 23 Nov - 2 Dis 2012 selama sepuluh hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sebenarnya ini kali pertama saya berkunjung ke MAHA. Bertemankan suami, suasana yang sesak itu kami jelajahi dengan pengetahuan baru dan pengalaman yang membina. Pameran ini sangat baik khasnya kepada rakyat Malaysia untuk mengiktiraf sektor pertanian dan penternakan serta memberi pendedahan kepada sektor perusahaan dan perindustrian. Ia bukan sahaja sesuai kepada warga dewasa, malah menjadi lokasi pembelajaran baru kepada pelajar yang sedang menikmati cuti sekolah.
Berikut saya sertakan beberapa gambar hasil daripada kunjungan saya pada 25 November 2012.
Laman padi. Tidak perlu ke Kedah untuk menikmati sawah.
Di antara tempat yang menjadi kunjungan ramai. Boleh makan di sana dan dibawa pulang dengan bekas percuma.
Pertandingan orkid. Cantik.
Pengangkutan awam secara percuma. Mohon untuk beratur sebelum naik.
Acara yang paling mengujakan. Jualan lelong haiwan ternakan. Lembu kacukan ini bernilai RM45, 000 selepas dibida.
Ilmu baru buat saya. Sarang burung layang-layang. Sekilo boleh mencecah ribuan ringgit!
Kawasan yang paling menarik perhatian saya.
Beware! ^_^
Ada banyak foto lagi yang boleh dilihat di SINI.
No comments:
Post a Comment