Tuesday, 10 January 2012

Resepi: MixSo

Jujur! Tak tahu bagaimana mahu menamakannya.. hehe

Ini resepi cuba-cuba, kali pertama mencuba sudah menunjukkan keenakkannya.. :)

Mix bermaksud campuran, manakala So pula adalah singkatan kepada sosej..
Oleh yang demikian, ia membawa erti sosej yang dicampur dengan pelabagi campuran (ok kot?)

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah potong sosej mengikut saiz cita rasa masing-masing. Jangan terlalu kecil kerana ditakuti akan hancur, jangan besar sangat kerana susah nak pastikan dah masak ke belum. Yang sedang-sedang aja ya... :)

Sediakan sayur kacang buncis atau kacang panjang yang dipotong bulat-bulat, kecil-kecil. Makanlah sayur untuk diet yang seimbang.. :)

Letak minyak dalam kuali dengan kuantiti yang sedikit, jangan banyak sangat, tak bagus untuk kesihatan. Lebih baik gunakan minyak sayur atau marjerin..

Kalau minyak dah panas, masukkan semua sosej yang telah dipotong, tunggu sehinga masak sedikit, dan masukkan kacang buncis yang dipotong kecil tadi. goreng sehingga rata..

Kemudian, pastikan sosej dan sayur dah masuk, barulah goreng telur bersama sosej tadi. Gaul sampai telur tu hancur, kalau da hancur, letak lah sos cili atau sos black pepper atau sos tomato (mengikut kegemaran masing-masing). Gaul sehingga rata. Tak perlu menambah garam atau perisa MSG, tak bagus untuk kesihatan. Rasa sos yang dicampur sudah cukup untuk selera anda.. Kalau nak pedas, letak cili ya..

Oh ye! Pastikan jangan hangus!


Boleh dihidang dan makan dengan roti gardenia atau roti arab atau lempeng.. :)

Oh lagi satu... Disebabkan namanya MIX, jadi anda berhak untuk mencampur apa saja yang dirasakan enak dan boleh dimakan mengikut selera masing-masing. Boleh letak ayam atau daging yang dipotong kecil, atau udang dan sotong.. Emm, sedap!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ^___^

**Sering ditegur rakan serumah kerana sejak kebelakangan ini rajin masuk dapur. Ehh, ada apa yang tak kena ke? ^^

No comments:

Post a Comment