Wednesday, 4 January 2012

Buku: Life Through My Eyes

Penulis: Muhamad Hafiz bin Ismail

Menarik dan tertarik!

Rasanya ini kali pertama saya bertemu dengan catatan pengalaman peribadi seorang penulis bersama penduduk Orang Asli di dalam Bahasa Inggeris. Idea asal buku ini diterbitkan adalah berpandukan tulisan blog peribadi penulis dan kemudian dibukukan supaya kisahnya mudah diulang baca oleh pembaca.

Membaca buku ini mengimbau kembali pengalaman saya ke dalam dunia perkampungan orang asli. Jika penulis berkecimpung di dunia ini kerana kerjaya, tapi saya hanya mahu berbakti sebagai seorang sukarelawan. Dan kerana kerjaya lain, dunia indah ini semakin pudar oleh kerana kesibukan yang melampau..  T__T

Ketika saya pernah mempelajari afective skill untuk mengkaji sikap keperihatinan seseorang terhadap sesuatu, tahap tertinggi adalah apabila seseorang itu mahu merasai apa yang dirasai oleh orang lain, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, atau meluahkan rasa kasihan semata-mata. Bahasa mudahnya ialah: "Put yourself in other shoes". Ini dapat dilihat dari kisah penulis walaupun pada asalnya, saya memahami bahawa sekolah yang terpilih adalah bukan pilihan sendiri, tapi diberi oleh pihak kementerian. Tapi saya pasti, jika ada niat yang betul, keikhlasan, minat dan juga nilai kasih sayang, segalanya akan dipermudahkan insyaallah...


Kerjaya sebagai seorang pendidik boleh dikatakan adalah profesion tercorot yang menjadi pilihan di kalangan anak muda, dan mereka yang memilih profesion ini memerlukan kesabaran yang mendalam dan daya kreativiti yang tinggi. Daripada dulu, saya amat mengagumi kaum Adam yang menjadi guru kerana bukan mudah mereka mahu sabar dengan pelbagai kerenah, apatah lagi anak-anak kecil yang sedang bersemangat mengenal erti dunia! Oleh itu, penulis buku ini berani memilih kerjaya pendidik bagi membangunkan sektor pendidikan di kalangan orang asli. Malahan, saya juga tertarik apabila beliau mengalu-alukan kehadiran warga asing berbangsa British menziarahi sekolah dan perkampungan orang asli, bagi mendalami kesusahan yang mereka alami bukan menjadi alasan untuk mereka tidak mengenal A B C.. Satu pendedahan yang memberi kesan positif terutama di kalangan pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

Pujian juga harus diberikan kepada penulis di atas daya kreativiti beliau dalam mengajar subjek matematik. Saya juga kagum kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk mencuba sesuatu yang baru. Malah, beliau sangat komited dengan kerjaya beliau walaupun hanyalah di sebuah kampung yang jauh dari ibu kota. Saya dapat melihat keikhlasan dari setiap bait tulisan. Saya juga dapat merasa kegembiran dalam setiap gambar yang beliau lampirkan di dalam buku ini. Semoga Allah membalas jasa beliau dalam mendidik anak bangsa! Semoga ilmu yang dicurahkan itu menjadi enyelamat di Hari Akhirat kelak.. Semoga setiap nilai baik yang beliau pamerkan menjadi medan dakwah secara tidka langsung kepada masyarakat minoriti tersebut..

Saya terbaca di SINI yang beliau pernah menerima Anugerah Perdana Menteri (Terbaik Di Kalangan Terbaik) pada majlis penyampaian `MSC Malaysia Asia-Pacific ICT Alliance (APICTA) Awards’ yang berjaya menewaskan kira-kira 250 pencalonan lain. Tahniah!

Buku ini hanyalah sebahagian kecil dari pengalaman peribadi penulis, catatan seterusnya boleh dirujuk di dalam blog beliau. Klik SINI.

**Bila pula saya akan menulis buku? Hmm

No comments:

Post a Comment