Biamillahirrahmanirrahim
Hujung minggu ini saya tak tenang. Ada gembira juga gelisah.
"Balik hujung minggu ni ?" soalan ini buat saya serba salah.
"Abang dah letak nama untuk jadi volunteer & buka puasa bersama anak-anak yatim & anak-anak istimewa sabtu ini" ayat ini buat saya akur dengan perancangan suami, malah ini kali pertama kami berbuka di luar dan menyambut Ramadan berdua juga untuk kali pertama.
Saya tahu saya tidak berpeluang menjaga bonda di hospital. Alhamdulillah bonda sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam (sabtu). Jika ada yang terasa hati, saya mohon maaf.
Saya mohon maaf kerana jarak jauh mencipta jurang antara kita semua.
Saya mohon maaf jika bantuan yang mampu diberi hanyalah doa, bukan mengorbankan tenaga dan masa.
Saya mohon maaf kerana saya masih belum matang membuat keputusan, malah usia saya membina rumahtangga belum mencecah tiga bulan pun.
Saya mohon maaf kerana belum berupaya menjadi anak yang baik, juga adik atau kakak yang menyenangkan hati semua.
Semoga Allah ampunkan dosa saya, suami, ibu bapa, adik beradik, seluruh muslimin muslimat.
Semoga ada peluang buat kita meraih Maghfirah Tuhan dan bertemu malam istimewa itu.
Allahu A'lam
**petang ini berbuka di rumah abang ipar :)
No comments:
Post a Comment