Thursday, 2 August 2012

Sekalung Doa buat Emak


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang memberi penyakit dan Yang menyembuhkan, Yang menghidupkan juga mematikan... Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya yang membawa Rahmat ke sekalian alam...

Ya Allah....

Lemahnya saya saat ini. Bertanya Tuhan kenapa ia terjadi. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Saya pernah bercerita tentang Emak di SINI. Dia ratu hati. Dia tiada ganti.

Tiada kata. Hanya mampu berdoa. Agar Emak diberikan kekuatan luar biasa, menahan sakit yang sedia ada dengan sabar dan percaya bahawa Tuhan tidak akan menguji lebih dari kemampuan yang ada.



Ya Allah..

Di bulan Ramadan penuh kemuliaan ini, 
pintu syurga dibuka seluasnya, 
pintu neraka ditutup serapatnya, 
Demi rahmatMu 
yang menurunkan al-Quran,
yang mengutus junjungan Nabi terakhir,
yang mencipta setiap kejadian
Dengan lemah daku memohon dan merayu..
agar Kau wahai Penyembuh,
sembuhkan Emak dari segala penyakit yang menimpanya
permudahkanlah dia menyembahMu seperti waktu sihatnya
panjangkan dan berkati umurnya
ampunkan dosanya dan terima semua amalannya
janjikan syurga Firdaus buatnya
jauhkan api neraka dari menjilat tubuhnya


Wahai Rabbul'alamin...

Kau Maha Tahu
kurniakan kami sekeluarga ketabahan
agar mensyukuri setiap nikmat
agar mendidik hati dengan sabar dan redha
agar membina keikhlasan dan kekuatan
permudahkanlah urusan kami sekeluarga
jauhkanlah kami sekeluarga daripada bala dan malapetaka
dekatkanlah kami kepada rahmat dan nikmatMu ya Rahman...

Ayah, tabahlah...
Ayah, ku pasti zikir dan doa itu senjata kuatmu..
Abang dan kakak-kakak yang banyak membantu, semoga Allah berkati kehidupan kalian

Allah..
Allah..
Allah..

**Catatan penyakit Emak tulisan kakak boleh dibaca di SINI dan SINI

**Foto-foto dipetik oleh jurugambar walimah saya bertarikh 26 Mei. Emak adalah tulang belakang utama majlis tersebut dan wajah cerianya adalah sumber bahagia..

No comments:

Post a Comment