Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Ramadan sudah mencecah dua puluh satu hari. Bagaimana Ibadah kita pada hari ini?
Alhamdulillah pagi tadi, Tuhan beri kesempatan untuk mendengar siaran radio IKIM - slot bersama Ustazah Norhafizah bt Musa. Saya sangat tertarik dengan saranannya agar berdoa dengan tiga perkataan mudah.
"Ya Allah, pandanglah aku..."
Selama kita hidup ini, adakah benar yakin bahawa Allah telah memandang kita dan amalan yang telah kita lakukan? atau adakah selama ini kita hanya mengharapkan pandangan orang lain tanpa sedikit pun mengharapkan pandangan daripada Allah SWT?
Hati saya benar-benar terusik. Terasa. Hina sungguh saya selama ini. Lupa untuk memohon agar Tuhan memandang kita. Kerana pandangan Tuhan itu lah yang akan mencurahkan Rahmat dan KasihNya.
"Ya Allah, pandanglah aku..."
Dengan pandangan itu, kita pasti merasa malu untuk membuat dosa. Malu kerana pandangan Allah ada di mana-mana. Di sini juga terbitnya ihsan, agar kita beribadah seolah-olah kita melihat Yang Esa, jika tidak melihatNya, Dia pasti melihat kita.
"Ya Allah, pandanglah aku..."
Berapa ramai manusia telah binasa kerana jauh dari pandangn Tuhan. Tapi ramai juga yang diuji kerana sering mendapat pandangan Tuhan, dan ujian itu adalah penentu. Jika sabar, syurga itu pasti sebagai janji. Jika amarah datang, akibat yang lain pula menanti.
"Ya Allah, pandanglah aku..."
Jangan pernah berhenti memohon dan merayu MaghfirahNya. Manusia memang akan sering melakukan silap dan dosa. Oleh itu, pandangan Tuhan itu bisa menegur dan mengingati, juga membiarkan langkah kita berhati-hati, mengharapkan keredhaan Ilahi.
Kemudian, Ustazah Nurhafizah juga meninggalkan satu nasihat agar tidak pernah lupa untuk memohon kepada Allah dengan tiga doa berikut:
**Ayuh muhasabah diri..
No comments:
Post a Comment