Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam dan seluruh ahli keluarga baginda serta sahabat para pejuang Islam.
Ramadan sudah berlalu. Doa dan harapanku agar semua amalan diterima dan diberikan peluang untuk bertemu pada Ramadan akan datang Insyaallah. Alhamdulillah ini Syawal pertama yang menghubungkan dua hati menjadi satu. Dari selatan ke bumi jelapang padi di utara. Alhamdulillah ini semua nikmat Allah yang tiada bandingnya.
1 Syawal
Takbir bergema. Teratak 77 di Taman Gembira ceria, terutamanya apabila diserikan dengan senyuman bonda yang semakin beransur baik sejak hari pembedahan pada 17 Ramadan. Berpeluang bertukar salam, maaf dan doa di antara satu sama lain. Kata suami: "Ini pertama kali menyambut raya di bandar". Saya senyum..
Ziarah saudara mara di bandar Temasek Kota Singa. Ini juga kali pertama saya ke sana bersama suami berdua sahaja. Alhamdulillah dapat turut serta ziarah beramai-ramai dengan sepupu dan ibu saudara ke lima rumah di kawasan yang berbeza. Jutaan terima kasih buat Cik Yati kerana dapat menemukan kami semua dengan saudara bonda yang paling tua (Mak Nab) dan mendengar kisah dan pengalaman orang lama-lama.
Foto: Kesesakan jalan raya menuju ke Singapura.
3 Syawal
Ramai tetamu dari jauh. Bonda ceria. Alhamdulillah tetamu yang hadir itu akan membawa keluar dosa-dosa kecil yang ada di rumah kami. Oleh itu, ikram dan layan tetamu sebaik yang mungkin. Malamnya, saya dan suami menghadiri satu majlis perkahwinan seorang rakan sekerja suami yang berbangsa India. Teruja! Tapi takut nak menjamu selera.
Siap berkemas. Perjalanan dua kutub bermula. Daripada Johor Bahru ke Bandar Baru Bangi, rehat sebentar dan meneruskan perjalanan ke Bumi jelapang padi. Hujan sepanjang perjalanan, dan Alhamdulillah tiba jam 2 pagi lebih.
5 Syawal
Pagi-pagi mata dah menjamu selera. Hamparan padi yang dipenuhi jerami. Segar! Inilah suasana yang pernah saya idamkan dulu setiap kali menjelang Aidilfitri. Cemburu dengan rakan-rakan yang beraya di desa dan saya setiap tahun beraya di kota. Kakak sulung dan keluarganya menyambut kami mesra. Sempat kami menziarahi beberapa buah rumah untuk saling mengenali dan bermaafan. Budaya di utara agak berbeza, tapi saya suka.
Hujan mencurah-curah dari Subuh hingga ke Isyak. Jumaat yang berkah, umur bertambah. Kali pertama menyambut hari kelahiran di kampung suami. Entah kenapa ada yang mengundah hiba. Semakin tua manusia, semakin sensitifkah? Alhamdulillah dapat sambut kecil-kecilan dengan anak saudara yang lahir di bulan Ogos juga. Semoga soleh dan musleh ya Andzar!
7 Syawal
Masih dalam mood raya. Ziarah ke beberapa buah rumah lagi. Saudara mara sebelah suami sangat ramai di merata-rata tempat di Kedah. Saudara dia adalah saudara saya, begitu juga saudara saya adalah saudara dia. Yang paling syok ialah malam yang ditunggu oleh anak2 suadara yang mahu bermain mercun dengan Paksu mereka. Meriah! Bergegar satu kampung.
8 Syawal
Ahad di Kedah kembali aktif kerana ia adalah hari bekerja dan sudah mula sekolah. Kami juga aktif berkemas untuk pulang ke ibu kota. Sayonara bumi jelapang padi!
Foto: kakak sulung suami & Andzar yang tidak mahu sekolah petang kerana mahu lihat kami pulang.
9 Syawal
Bermalas-malasan di rumah. Mengemas rumah. Membasuh baju. Memasak.
10 Syawal
Kembali bekerja. Selamat berjuang!
**Ada tetamu malam ini. Semoga mereka selesa dengan syurga kecil dan sederhana kami.

No comments:
Post a Comment