“To get through the hardest journey we need take only one step at a time, but we must keep on stepping”. Chinese Proverbs
Wednesday, 18 May 2016
Sunday, 15 May 2016
Tiga Tahun
15 Mei 2016
Genap tiga tahun kami berpijak di Bumi Birmingham. Terlalu cepat masa berlalu sehinggakan saya tidak menyangka yang akhir bulan ini genaplah Afeef berumur satu.
Tiga tahun ini terlalu banyak kenangan manis yang tidak akan dilupakan, juga kenangan pahit yang akan saya jadikan pengajaran. Tiga tahun ini sangat bermakna buat saya sebagai seorang pelajar, kerana tujuan utama berhijrah secara sementara di Tanah Inggeris ini adalah untuk belajar dan terus belajar. Saya pasti, soalan pertama yang akan ditanya ketika pulang nanti ialah: "sudah habis belajar ke?", dan saya juga pasti yang saya akan menjawab "belum."
Tiga tahun ini saya banyak belajar. Belajar tentang erti kehidupan.
Hidup sebagai Muslim di negara bukan Islam yang banyak mempraktikkan nilai-nilai Islam..
Hidup sebagai seorang isteri yang banyak mematangkan diri sendiri dan mengharungi susah senang bersama suami yang dicintai..
Hidup seorang anak yang jauh di perantauan tetapi mewajibkan diri untuk terus berbakti walaupun mereka jauh di mata, tetapi dekat di hati..
Hidup sebagai seorang ibu adalah detik terindah dan pengalaman melahirkan anak pertama di bumi asing adalah sesuatu yang sangat berharga..
Hidup sebagai seorang pelajar yang semakin saya belajar, semakin sedar tentang ceteknya ilmu di dada..
Hidup sebagai seorang sahabat yang saling membantu dan menghargai antara satu sama lain..
Saya juga sedang belajar menerima hakikat bahawa saya akan pulang ke tanah air kelahiran tidak lama lagi. Hanya berbaki tiga bulan lagi...
Semoga sisa baki saya di Birmingham diredhai Ilahi dan tidak sabar rasanya menyambut Ramadan terakhir di sini di mana puasanya hampir dua puluh jam sehari...
Saadah Khair
Birmingham
15052013 - 15052016
Monday, 9 May 2016
Setiap Hari adalah Hari Ibu?
Bismillahirrahmanirrahim
Di United Kingdom, Hari Ibu disambut pada bulan Mac. Berbeza dengan Hari Ibu di Malaysia yang disambut pada hari ahad minggu kedia pada bulan Mei. Jika diikut kalendar tahun ini, Hari Ibu Malaysia jatuh pada hari semalam 8 Mei 2016.
Sayangnya, masyarakat Malaysia masih berdebat tentang hukum sambutan Hari Ibu. Ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak boleh. Saya tidak mahu menggunakan hukum halal dan haram kerana impaknya akan jauh lebih besar. Debat tentang hukum ini berlanjutan setiap tahun. Ya, setiap tahun. Dan saya hanya pandang sebelah mata sahaja jika terlihat diskusi tentang hukum tersebut, bukan kerana tidak mahu ambil tahu, tetapi tidak mahu menjadi orang yang sama duduk di dalam lubang yang sama, yang tidak mahu mencari solusi.
Saya tertarik dengan perkongsian Saiful Nang di Facebook. Memetik sedikit kata-kata beliau:
"Adakah betul kita sambut hari ibu setiap hari?
Kenapa tidak kita sambut maulid setiap hari?
Kenapa tidak kita sambut harijadi setiap hari?
Kenapa tidak kita sambut hari merdeka setiap hari?
Kerana ini semua ceremonial sahaja. Biarpun jika betul asalnya kerana keraian kelahiran icon besar agama lain, tetapi adakah yang haram itu memperingati ibu dan memberi ucapan SELAMAT HARI IBU sambil membuat orang lain teringatkan tentang ibu mereka ATAUPUN kerana asbab mula hari ibu itu dimulakan mereka?
Mana yang baik kita ikut. Yang buruk kita tinggalkan. Jika tarikh hari ibu itu diambil sempena ceremonial agama lain sekalipun, bukankah selama setahun ia jadi satu asbab untuk kita ingat ibu kita sendiri?
Salah?
Jika salah...umukanlah satu hari ibu ikut kalendar Islam pula. Yang kata hari ibu hari-hari. Tak perlu tepek kenyataan ustaz sana-sini jika ustaz sana dan ustaz sini pun masih bercanggah kerana tidak balikkan kepada Quran?
Lihat pada yang baik untuk diambil walaupun dari yg bukan Islam, yang buruk, tinggalkan dengan baik."
Kerana ini semua ceremonial sahaja. Biarpun jika betul asalnya kerana keraian kelahiran icon besar agama lain, tetapi adakah yang haram itu memperingati ibu dan memberi ucapan SELAMAT HARI IBU sambil membuat orang lain teringatkan tentang ibu mereka ATAUPUN kerana asbab mula hari ibu itu dimulakan mereka?
Mana yang baik kita ikut. Yang buruk kita tinggalkan. Jika tarikh hari ibu itu diambil sempena ceremonial agama lain sekalipun, bukankah selama setahun ia jadi satu asbab untuk kita ingat ibu kita sendiri?
Salah?
Jika salah...umukanlah satu hari ibu ikut kalendar Islam pula. Yang kata hari ibu hari-hari. Tak perlu tepek kenyataan ustaz sana-sini jika ustaz sana dan ustaz sini pun masih bercanggah kerana tidak balikkan kepada Quran?
Lihat pada yang baik untuk diambil walaupun dari yg bukan Islam, yang buruk, tinggalkan dengan baik."
Lalu saya bertanya kepada diri sendiri..
Adakah saya sambut Hari Ibu setiap hari? Adakah saya telefon Emak setiap hari walaupun saya yakin yang saya doakan Emak dan Ayah setiap hari..
Tahun ini, saya telefon Emak dan mengucapkan Selamat Hari Ibu awal sedikit pada hari Jumaat lepas. Ternyata bahawa dia gembira dengan ucapan anaknya yang jauh. Saya tidak mampu memberi apa-apa hadiah tahun ini, tetapi saya mengharap agar doa saya adalah hadiah terbaik agar Emak sentiasa dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik, dan semoga Allah berikan ganjaran yang terbaik buat Emak kerana melahirkan, mendidik dan menjaga saya dengan baik. Walaupun saya tidak rapat dengan Emak, tetapi setelah menjadi Ibu, ada beberapa naluri keibuan yang saya mengerti kini yang dahulunya saya tidak mengerti. Ucapan Selamat Hari Ibu saya sudah memadai untuk menggembirakan hati Emak yang jauh di mata...
Doa dan restu Emak terlalu penting di dalam hidup saya!
Dan saya pun bertanya kepada diri sendiri lagi...
Adakah saya akan gembira jika Afeef mengucapkan Hari Ibu kepada saya apabila dia besar nanti? Ya, hati saya akan berbunga-bunga. Tidak perlu sambutan besar, atau bunga dan hadiah yang mahal, ucapan tersebut sudah cukup menggembirakan hati seorang Ibu. Tetapi jika dia terlupa suatu hari nanti, Ibu maafkan dan redha kerana Ibu tidak mengharapkan apa-apa balasan melainkan doamu sebagai bekal di Akhirat kelak..
Adakah saya akan gembira jika Afeef mengucapkan Hari Ibu kepada saya apabila dia besar nanti? Ya, hati saya akan berbunga-bunga. Tidak perlu sambutan besar, atau bunga dan hadiah yang mahal, ucapan tersebut sudah cukup menggembirakan hati seorang Ibu. Tetapi jika dia terlupa suatu hari nanti, Ibu maafkan dan redha kerana Ibu tidak mengharapkan apa-apa balasan melainkan doamu sebagai bekal di Akhirat kelak..
Selamat Hari Ibu!
Tuesday, 8 March 2016
Resilience
Bismillahirrahmanirrahim
Semalam berpeluang menghadiri satu bengkel di UoB mengenai bagaimana untuk 'survive' dalam phd. Tajuknya mudah iaitu 'resilience' dan saya baru mengerti apakah maksud sebenar perkataan tersebut.
Sebelum bengkel bermula, saya membuka kamus online di telefon bimbit apakah yang dimaksudkan sebagai 'resilience'. Kamus tersebut memberi dua definisi: (1) the power or ability to return to the original form, position, etc. after being bent, compressed, or stretched; elasticity. (2) the ability to recover readily from illness, depression, adversity, or the like; buoyancy. Tetapi saya masih gusar, apakah kaitan di antara 'resilience' dan juga phd?
Di awal bengkel, penceramah memberikan definisi dengan panjang lebar tetapi ia sangat mudah difahami apabila beliau menyebut "its how you deal with tough times". Dan saya baru memahami 'resilience' adalah kebolehan seseorang untuk menghadapi kesukaran atau kesusahan.
Di akhir bengkel, baru saya mengerti betapa pentingnya kekuatan di sebalik kesusahan. Bukan mudah untuk mendapat Phd, dan seseorang itu akan lebih berjaya apabila dia berjaya berhadapan dengan kesusahan secara positif. Yeah, positif...
Bengkel yang berlangsung hanya satu jam tersebut banyak memberi impak positif kepada saya. Sesungguhnya di saat kesibukan yang melanda kini, saya lebih perlukan kata-kata motivasi dan semangat untuk saya tidak berhenti berjuang. Saya suka apabila diingatkan berulang-kali KENAPA saya menyambung ke pengajian phd? Kerana semangat saya di awal tahun pertama di Birmingham sangat berbeza dengan semangat yang masih berbaki di akhir pengajian ini. Saya harus kembalikan semangat tersebut dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Bengkel yang berlangsung hanya satu jam tersebut banyak memberi impak positif kepada saya. Sesungguhnya di saat kesibukan yang melanda kini, saya lebih perlukan kata-kata motivasi dan semangat untuk saya tidak berhenti berjuang. Saya suka apabila diingatkan berulang-kali KENAPA saya menyambung ke pengajian phd? Kerana semangat saya di awal tahun pertama di Birmingham sangat berbeza dengan semangat yang masih berbaki di akhir pengajian ini. Saya harus kembalikan semangat tersebut dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Bersihkan niat. Betulkan semula niat. Dan perbaiki niat dari masa ke semasa..
Saya tahu saya boleh. Kesusahan yang saya hadapi sekarang adalah untuk mencapai kesenangan pada hari akan datang, jika saya masih diuji dengan kesusahan, saya pasti pasti ada manis dan peringatan di dalam setiap kesusahan.
Semoga saya terus tabah dan terus berusaha.
yeah!
keep moving
and
keep writing
:)
Thursday, 18 February 2016
Surirumah: 'Housewife' atau 'Homemaker'?
Bismillahirrahmanirrahim
Penat menulis tesis, saya mengambil masa yang terhad ini untuk menulis di blog pula. Sekurang-kurangnya sekali, saya perlu catatkan sesuatu di sini. Kali ini, saya berminat untuk mengupas tentang satu pekerjaan mulia iaitu surirumah.
Jujurnya, tidak pernah terlintas di dalam hati suatu ketika dahulu untuk menjadi surirumah. Bagi saya, seorang wanita berpendidikan tidak salah untuk menyumbang sesuatu untuk agama dan bangsa, dan berdikari untuk mencari rezeki sendiri. Bekerja secara halal, memelihara maruah diri dan mendapat keizinan daripada suami.
Tetapi...
Persepsi saya mula berubah sedikit demi sedikit apabila saya bergelar ibu. Saya merasakan kebahagiaan yang luar biasa apabila berada di rumah sepanjang masa, melihat perkembangan anak di depan mata, dan menikmati kerja-kerja rumah dengan hati yang rela. Anak menjadi keutamaan saya, di samping suami yang juga adalah kepentingan utama. Persepsi saya juga berubah kepada wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi fokus sepenuhnya kepada pendidikan anak.
Saya mengenali beberapa wanita hebat yang mempunyai Phd, tetapi bekerja sebagai surirumah sepenuh masa. Mereka menggunakan pendidikan dan ijazah yang diperolehi untuk kepentingan anak-anak, terutama anak-anak yang masih kecil dan sangat memerlukan perhatian. Pengaruh negatif yang terlalu banyak pada zaman kini ditakuti memberi kesan kepada anak-anak kecil, oleh itu, ramai ibu yang berikhtiar untuk mengelakkan pengaruh tersebut dengan menjadi insan penting dan membentuk anak yang soleh dan musleh di rumah masih-masing. Dengan itu, timbulnya istilah seperti homeschooling dan menekankan kepada pendidikan awal kanak-kanak.
Persoalan penting ialah bagaimana dengan kemampuan keluarga jika hanya suami seorang bekerja?
Malaysia kini mengalami kegawatan ekonomi yang hebat. Harga barang semakin naik. Pendidikan tidak percuma. Perubatan juga perlukan kos yang tinggi. Lalu wang dan simpanan harta menjadi keperluan utama.
Oleh yang demikian, timbul satu istilah iaitu 'homemaker' untuk para wanita yang menjadi surirumah dan bekerja sambil mencari pendapatan di rumah. Ada yang berpendapat bahawa istilah 'homemaker' dan 'housewife' itu tiada beza. Malah, ada juga yang datang dengan istilah lain iaitu 'domestic engineer' bagi mereka yang fokus kepada urusan domestik rumah.
Menurut kamus Cambridge English Dictionary:
Homemaker: a person who manages a home and often raises children instead of earning money from a job. Dan mereka tidak semestinya wanita, kerana ada juga lelaki yang memilih untuk menjadi homemaker.
Housewife: a woman whose work is inside the home, doing the cleaning, cooking, etc. and who isually does not have any other job. Dan perkataan 'wife' merujuk kepada wanita sahaja.
Dan saya memilih istilah 'homemaker' berbanding 'housewife' kerana tidak semua 'house' ialah 'home'. 'Home' ialah istilah merujuk kepada rumah yang didiami dengan penuh rasa cinta dan bahagia bersama keluarga. Dan istilah 'home' tidak diukur dengan besarnya sebuah rumah, tetapi kebahagiaan yang dirasai oleh setiap penghuni rumah.
Malah, 'homemaker' juga merujuk kepada mereka yang menjadikan urusan rumah sebagai fokus utama, tetapi mampu membahagikan masa mereka kepada pendidikan anak dan keperluan anak. Mereka juga bijak mencari pendapatan sendiri tetapi tidak mengabaikan tanggungjawab utama. Ramai wanita zaman kini yang memilih untuk bekerja di rumah. Pekerjaan yang dilakukan termasuklah berbisnes secara online, membuka kelas memasak, menjahit, mengaji di rumah, dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya mereka menyumbang sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga.
Tidak sabar rasanya untuk saya menjadi seorang 'homemaker' suatu hari nanti...
Wednesday, 3 February 2016
Thank you Husband!
Dear my husband,
Thank you for everything
I should thank you everyday and not only once in my life
I should thank you for every single thing that you've sacrificed for me
I should thank you for being a wonderful man yesterday, today and tomorrow
You are my husband, my hero
I should thank you for taking care of our son together
I should thank you for not complaining to swap duty and change nappy
I should thank you for showing your highest love to our baby
I should thank you for staying with us during our joy and sorrow
I should thank you for staying with us during our joy and sorrow
You are his great father, his hero
I am sorry if I forgot to say thank you
I am sorry if I seem not appreciating you
I am sorry if I carelessly putting burden on you
Thank you for everything
And you must never forget that I will and always love you
2nd February 2016
Orchard Learning Resource Centre
Birmingham, UK
Tuesday, 2 February 2016
Lima Hari Berharga di Fes & Tangier
Bismillahirrahmanirrahim
Sehingga kini, saya masih merindui kota Maghribi.
Kembara ke Morocco sebenarnya terinsipirasi daripada sepupu saya dan isterinya yang mengembara ke Morocco pada akhir 2014. Itinerari yang dikongsikan mereka adalah panduan utama perjalanan kami pada awal Disember 2015. Tetapi pada awalnya saya tidak tahu bahawa passport Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Morocco, dan sepupu saya yang memegang passport Singapura boleh masuk ke Morocco tanpa visa. Urusan visa menjadikan semangat saya agak kendur, tetapi saya cari juga info tentang permohonan visa di UK dan Alhamdulillah ia tidak sesukar yang dijangka.
Dokumen utama yang diperlukan untuk memohon visa di UK ialah:
1. Borang permohonan visa yang boleh dimuat turun dari laman web kedutaan Morocco
2. Passport original dan satu salinan
3. Visa UK original dan satu salinan
4. Surat universiti yang membuktikan anda adalah pelajar
5. Slip gaji (3 Bulan) dan satu salinan (untuk suami saya)
6. Penyata bank (3 bulan) - setiap seorang
7. Tiket masuk/pulang ke Morocco sama ada feri atau kapal terbang
8. Bukti tempahan hotel yang sah
9. Insurans keluarga selama berada di Morocco (saya guna moneysupermarket.com)
10. Pos order berharga £16 setiap satu untuk setiap passport. Boleh cek harga visa di laman web.
Semua dokumen di atas di hantar pos secara special delivery ke kedutaan Morocco, London beserta sampul surat ke alamat sendiri yang sudah dibayar nilai pos juga secara special delivery untuk mereka pulangkan dokuman asal. Alhamdulillah, kami menerima dokumen asal kami beserta cop visa selepas dua hari.
Tangier
Tangier adalah kota pelabuhan di Morocco dan satu-satunya jalan laut untuk masuk ke negara ini. Tetapi ada dua port yang berbeza, dan saya membeli tiket ke Tangier Med yang bergerak daripada Algeciras, Spain. Feri yang kami naik sebenarnya adalah feri kenderaan dan barang-barang, dan rupa-rupanya hanya kami bertiga adalah penumpang yang digelar 'walking passenger'.
Alhamdulillah semua perjalanan dipermudahkan, dan kami menginap dua malam di Dar Rif 17 Rue Mohamed Bergach, Tangier , 90300, Morocco, dengan servis yang terbaik.
Tangier adalah kota pelabuhan di Morocco dan satu-satunya jalan laut untuk masuk ke negara ini. Tetapi ada dua port yang berbeza, dan saya membeli tiket ke Tangier Med yang bergerak daripada Algeciras, Spain. Feri yang kami naik sebenarnya adalah feri kenderaan dan barang-barang, dan rupa-rupanya hanya kami bertiga adalah penumpang yang digelar 'walking passenger'.
Alhamdulillah semua perjalanan dipermudahkan, dan kami menginap dua malam di Dar Rif 17 Rue Mohamed Bergach, Tangier , 90300, Morocco, dengan servis yang terbaik.
![]() |
| Stesen keretapi Tangier |
![]() |
| Kota Tangier |
![]() |
| Masjid tertua di Tangier, sangat berhampiran dengan hotel kami |
![]() |
| Singgah di bandar Tetouan, dan tidak berkesempatan ke bandar biri Chefchouan |
Fes
Di Fes, kami juga menginap di Airbnb selama dua malam di Dar Warda. Pengalaman yang sangat berharga dan terlalu banyak yang ingin dicerita, cuma masa untuk menulis di blog agak terhad, jadi saya kongsikan beberapa gambar untuk kenang-kenangan.
Sejujurnya, ada banyak ingin saya kongsikan di sini, tetapi masa sangat mencemburui saya dan ada yang lebih penting untuk saya tulis iaitu tesis kajian saya. InsyaAllah satu hari nanti saya akan kongsikan dan berhasrat untuk kembali ke kota Maghribi yang lain seperti Casablanca dan Marrakech.
InsyaAllah...
Di Fes, kami juga menginap di Airbnb selama dua malam di Dar Warda. Pengalaman yang sangat berharga dan terlalu banyak yang ingin dicerita, cuma masa untuk menulis di blog agak terhad, jadi saya kongsikan beberapa gambar untuk kenang-kenangan.
| Bab Boujloud, pintu utama masuk ke Fes el-Bali |
| Kedai-Kedai di dalam Fes el-Bali |
| Tiada kenderaan dibenarkan masuk ke dalam kawasan Fes el-Bali. Ia dipelihara di bawah UNESCO World Heritage dan menjadi kawasan terbesar tanpa kenderaan bermotor di dunia. Keldai ada di merata-rata. |
| Airbnb kami yang sangat cantik. Usah pandang luaran |
| Kawasan membuat barangan kulit |
| Masjid al-Qarawiyyin. Alhamdulillah berpeluang solat Jumaat di dalamnya. |
InsyaAllah...
Labels:
catatan perantauan,
travel
Subscribe to:
Posts (Atom)








