Monday, 14 June 2010

Bibik Moden IV

Sunyi. Tiada lagi suara ketawa Fadwah dan rajuknya. Tidak kedengaran lagi suara tangisan Hasni dan teriakan Anuar. Suara manja rengekan Fayyad juga sepi. Kini saya sendiri di Blog PG Mahallah Sumayyah ini. Dua minggu di rumah sebagai 'Super Nanny' memang penat, tapi hati ini riang mendengar riuh rendah anak-anak itu.

Sayang. Itu sahaja yang mampu saya luahkan. Jika suaraku mula naik kerana kenakalan mereka, itu tanda sayang. Jika kadang-kadang tanganku mencubit kerana kedegilan mereka, itu tanda sayang. Jika memang ada luahan yang saya sayang mereka, itu bukan bohongan, tapi jujur...

Rindu. Ini sudah tentu. Semestinya kebiasaan pagi mengejutkan, memandikan, menyiapkan sarapan, menghantar ke sekolah, kemudian malamnya menyuapkan makan, melayan pertanyaan, menidurkan, dan semuanya pasti akan saya teringat-ingat, walaupun hati kecil jahat saya mengatakan "Ahhh, seronok sangat dapat balik KL semula...".

Doaku, agar anak-anak itu membesar dengan baik dan menjadi generasi Muslim yang cemerlang. Pintaku, agar anak-anak itu mampu membawa syiar Islam dan menyertai medan jihad secara langsung atau tidak langsung. Harapanku, agar mereka tidak melupakanku di dalam doa mereka walaupun diri ini hanyalah seorang bibi biasa...

**Kisah Bibik Moden I, II, III boleh di baca di SINI, SINI, dan SINI..
***Kembali fokus kepada urusan Tesis [Fokus Mode].

14 June 2010
Mahallah Sumayyah, UIAM

No comments:

Post a Comment